Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
178) JALAN RAYA DI IJOK : JALAN SAGA ANTARA PERSIMPANGAN LATAR KE BESTARI JAYA BANYAK LUBANG DAN TIDAK RATA YANG TELAH MENGAKIBATKAN BANYAK KEMALANGAN DI SITU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah jalan ini?
Antara langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah jalan ini adalah dengan membuat penyelenggaraan jalan dari semasa ke Pada Tahun 2014 sepanjang 1.5 km jalan telah diturap semula. Pada tahun ini, baki keseluruhan jalan sepanjang 3.0 km lagi akan diturap semula bagi mengatasi masalah permukaan yang berlubang dan tidak rata.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkenaan untuk hentikan kenderaan-kenderaan berat yang merosakkan jalan ini?
Jurutera Daerah telah mengadakan mesyuarat penyelarasan dan lawatan tapak pada 18 Mac 2015 untuk tujuan mengambil tindakan bagi menghentikan kenderaan-kenderaan berat yang merosakkan jalan ini.