Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
269) JALAN RAYA BERTINGKAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Proses kemajuan pembinaan jalan raya bertingkat (Flyover) dari susur keluar Taman Prima Saujana ke jalan utama lebuhraya LEKAS/SILK Kajang menghala ke Cheras?
Pembinaan ‘flyover’ tersebut tidak dapat dilaksanakan buat masa ini memandangkan kos projek yang terlibat adalah sebanyak RM 21 Juta, manakala kutipan sumbangan pemaju sekitar hanya RM 6.25 Juta sahaja.
-
Apakah status pemilihan jalan raya utama lebuhraya LEKAS dari kawasan Kompleks Penjara Kajang ke Saujana Impian lebuhraya SILK?
Status pemilikan Jalan jalan raya utama Lebuhraya LEKAS dari kawasan Kompleks Penjara Kajang ke Saujana Impian Lebuhraya SILK adalah di bawah milikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).