Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

126) JALAN RAYA BERTAMPAL DAN ROSAK

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Keadaan jalan raya bertampal sana sini. Laluan bermula dari simpang empat Jeram menghala ke Sungai Buloh sangat teruk. Adakah peruntukan jalan banyak untuk bajet proses penampalan sahaja?

    Kerja-kerja penampalan jalan persekutuan FT05 merupakan kerja-kerja penyelenggaraan secara berterusan oleh pihak konsesi termasuklah jalan dari Simpang 3 Jeram ke Sungai Buloh. Sebagai tambahan, tindakan penyelenggaraan selanjutnya akan diambil sekiranya laluan tersebut didapati rosak teruk dan perlu dilaksanakan kerja-kerja menurap semula permukaan jalan. Pada tahun 2021 telah dilaksanakan kerja-kerja menurap semula permukaan jalan yang rosak di kawasan Jeram iaitu di FT05 seksyen 468.00 hingga 471.00 (berhadapan Petronas Sungai Buloh). Pada tahun ini (2022), peruntukan yang telah diterima bagi kerja-kerja menurap semula jalan yang rosak akan dilaksanakan di laluan FT05 seksyen 458.00 hingga 460.00 (berhadapan kilang Goodnite) dan FT 05 seksyen 485.00 hingga 487.00 (berhadapan Cendol Borhan).

    Setiap tahun, pihak JKR Selangor akan menyediakan Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Tahunan bagi momohon peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan jalan rosak mengikut kepada keadaan kerosakan jalan mana yang lebih kritikal.

  2. Adakah peruntukan yang disediakan menyamai keperluan semasa dalam memastikan jalan raya berkeadaan baik?

    Peruntukan yang diterima oleh JKR Selangor adalah bergantung kepada kelulusan oleh Kementerian Kerja Raya. Sehingga 25 Februari 2022 peruntukan penyenggaraan jalan persekutuan bagi Program Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen dan Jambatan yang diterima adalah berjumlah RM 58,982,000.00. Jumlah permohonan peruntukan yang dimohon bagi Program Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen dan Jambatan melalui Anggaran Penyenggaraan Jalan (APJ) Tahun 2022 adalah RM 570,260,424.25.

Lampiran

Tiada Lampiran.