Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
111) JALAN RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rasional cadangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk membina sebuah "smart tunnel" di Seksyen 51, Petaling Jaya?
Pada 2 Ogos 2021, pihak Majlis mula menyediakan kajian RKK Seksyen 19, 51 dan 51A. Sepanjang kajian dijalankan beberapa siri Focus Group Discussion (FGD), Technical Working Group (TWG), Perbincangan, Bengkel dan Mesyuarat telah diadakan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis MBPJ, Ahli Majlis Kanak-Kanak, Agensi Teknikal, Pemaju, Pemilik Tanah, Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan Badan Pengurusan Bersama (JMB).
Hasil daripada beberapa sesi diatas terdapat beberapa isu utama dikenalpasti iaitu cadangan mengatasi kesesakan jalan raya, penyediaan infrastruktur, masalah banjir, pengezonan gunatanah dan kawasan lapang. Setelah kajian dilaksanakan, MBPJ mendapati isu utama di kawasan kajian adalah penyelesaian bagi mengatasi kesesakan lalulintas, masalah banjir kilat, sistem saliran yang terhakis dan sistem perparitan yang usang dan rosak.
Satu cadangan yang lebih efektif telah dicadangkan iaitu pembinaan Smart Tunnel yang berfungsi untuk menyerap air hujan dengan pantas bagi mengatasi masalah banjir kilat. Selain itu, cadangan pembinaan Smart Tunnel ini akan mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Persekutuan hingga ke NPE dan kawasan-kawasan lain yang berkaitan.
-
Apakah kemampuan kewangan MBPJ untuk laksana projek mega ini?
Smart Tunnel yang dicadangkan adalah sepanjang 1.98 kilometer bermula dari Jalan 51A/223 ke New Pantai Expressway (NPE) melalui Jalan 51A/225 dan Lebuhraya Persekutuan 2. Anggaran kos adalah 465,000,000.00 menggunakan peruntukan kewangan daripada Tabung Amanah Caj Pemajuan sumbangan pemaju dan permohonan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan turut akan diberi pertimbangan.