Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
105) JALAN RAYA 54
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak jalan ini dinaiktaraf didapati kenderaan-kenderaan berjalan dengan laju. Ini membahayakan penduduk-penduduk DUN Ijok. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah seperti hadkan kelajuan kenderaan dan memasang lampu jalan di bahagian yang gelap?
Jalan Persekutuan FT54 telah dinaiktaraf dan tanggungjawab penyenggaraan masih di bawah pihak kontraktor sebelum penyerahan kepada JKR. Laluan ini telah diwartakan had laju 90km/j oleh Menteri Kerja Raya.
Lampu jalan yang telah dipasang adalah mengikut skop projek naiktaraf di lokasi-lokasi tertentu seperti di persimpangan dan selekoh. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah dengan memasang papan tanda had laju di sepanjang jajaran.
Pihak JKR mencadangkan agar penguatkuasaan oleh pihak berkuasa seperti JPJ dan PDRM dilaksanakan kepada pengguna laluan FT54 yang melanggar peraturan jalan raya.