Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
356) JALAN RAYA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan menaik taraf , menambahbaik dan penurapan jalan dikawasan kampung-kampung di DUN Morib? dan senaraikan keseluruhan projek-projek yang telah siap, sedang disiapkan dan akan disiapkan.
Untuk makluman, dari tahun 2021 sehingga kini, sebanyak RM1,759,630.78 telah diperuntukkan untuk 31 projek di bawah Program Mesra Rakyat dan MARRIS bagi kerja-kerja turapan dan baikpulih jalan di kampung-kampung tradisi di dalam DUN Morib. Daripada 31 projek tersebut, 27 telah disiapkan manakala 4 lagi projek sedang dalam pelaksanaan dan dijangka dapat diselesaikan dalam tahun semasa