Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

165) JALAN RAYA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Keadaan jalan raya yang melibatkan jalan negeri dan jalan persekutuan masih belum diuruskan dengan baik secara keseluruhannya. Apakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kaedah tertentu bagi menambah baik dan mengawal selia jalan-jalan di bawah seliaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

    JKR Selangor melalui peruntukan MARRIS telah pun menyediakan kontrak khas (perlantikan konsesi) bagi penyelenggaraan jalan di bawah Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri di Negeri Selangor. Kontrak ini melibatkan penyelenggaraan Jalan Raya Negeri yang berada di dalam bandar mahupun di luar bandar. Secara umumnya. penyelenggaraan Kontrak Jangka Panjang ini melibatkan beberapa kerja rutin yang perlu dilaksanakan ke atas jalan berkenaan termasuklah penampalan ‘potholes’, pemotongan rumput, pembersihan longkang, menyelenggara perabot jalan dan sebagainya (terdapat 10 jenis rutin). Ini adalah bertujuan untuk memastikan jalan berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalanraya.

     

    Selain dari itu, JKR Selangor melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan jalan melalui sebutharga jabatan dan kerja undi. Kaedah pembaikan yang dilaksanakan dirancang melalui hasil kajian Pavement Condition Assessment (PCA) sedia ada.

     

    Pihak PBT melalui mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) bersama Pejabat Daerah yang turut dihadiri oleh wakil daripada JKR dan JPS membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan penyeliaan jalan di daerah masing-masing. PBT juga telah mewujudkan Road Gang secara in-house bagi memantau jalan-jalan di bawah seliaan PBT dan akan membuat kerja tampalan jalan berlubang bagi lubang berskala kecil menggunakan peralatan yang disediakan oleh PBT sendiri. Selain itu, terdapat juga PBT sedang dalam proses menggunakan sistem yang mengguna pakai Artificial Intelligent seperti di MBPJ, MPS dan MPKS bagi merekodkan lokasi jalan berlobang.

Lampiran

Tiada Lampiran.