Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

383) JALAN PLB DUN SUNGAI PANJANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faktor utama pihak Telekom tidak pernah mengemukakan permohonan memasang tiang telekom di jalan-jalan PLB?

    Jawapan a, b dan c dijawab bersekali.

    Permohonan pemasangan aset-aset utiliti di Negeri Selangor termasuk di jalan PLB perlu dikemukakan kepada KUSEL yang akan bertindak menyemak dan memproses permohonan tersebut berdasarkan peraturan/undang-undang dan praktis sedia ada untuk kelulusan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) yang berkaitan.

    Berdasarkan input yang telah diterima daripada pihak Telekom Malaysia Berhad (TM), pihak TM  hanya akan mengemukakan permohonan permit kerja memasang tiang jika ianya melibatkan pemasangan “port” unifi atau kabel gentian penuh. Sekiranya terdapat permintaan untuk perkhidmatan internet tetap di lokasi yang belum mempunyai perkhidmatan TM termasuklah di jalan PLB, pelanggan boleh mengemukakan permohonan kepada pihak TM,  dan pihak mereka kemudiannya akan memohon permit berkaitan daripada KUSEL.

    Justeru, pihak TM hanya akan mengambil tindakan penambahan bilangan tiang dan penyenaraian sekiranya terdapat permintaan permohonan daripada pelanggan.

  2. Berapa banyak tindakan telah diambil terhadap tiang-tiang telekom tersebut?

  3. Apakah benar Jalan Parit 10 Ban 3 Pasir Panjang tidak tersenarai dalam sistem dan bagaimana solusinya?

    Jawapan a, b dan c dijawab bersekali.

    Permohonan pemasangan aset-aset utiliti di Negeri Selangor termasuk di jalan PLB perlu dikemukakan kepada KUSEL yang akan bertindak menyemak dan memproses permohonan tersebut berdasarkan peraturan/undang-undang dan praktis sedia ada untuk kelulusan Pihak Berkuasa Melulus (PBM) yang berkaitan.

    Berdasarkan input yang telah diterima daripada pihak Telekom Malaysia Berhad (TM), pihak TM  hanya akan mengemukakan permohonan permit kerja memasang tiang jika ianya melibatkan pemasangan “port” unifi atau kabel gentian penuh. Sekiranya terdapat permintaan untuk perkhidmatan internet tetap di lokasi yang belum mempunyai perkhidmatan TM termasuklah di jalan PLB, pelanggan boleh mengemukakan permohonan kepada pihak TM,  dan pihak mereka kemudiannya akan memohon permit berkaitan daripada KUSEL.

    Justeru, pihak TM hanya akan mengambil tindakan penambahan bilangan tiang dan penyenaraian sekiranya terdapat permintaan permohonan daripada pelanggan.

Lampiran

Tiada Lampiran.