Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

83) JALAN PINTASAN RAWANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat Jalan Pintasan Rawang yang bertakung air semasa hujan lebat menyebabkan jalan tutup sementara untuk laluan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Antara punca banjir yang dikenalpasti adalah disebabkan oleh ketiadaan sistem perparitan yang sistematik di lokasi pertemuan antara Jalan Persekutuan FT37 (Jalan Pintasan Rawang) dengan Jalan Persekutuan FT001 (Jalan Kuala Lumpur -Tanjong Malim).  Selain itu, apabila hujan lebat, sampah sarap akan menutupi lubang sump yang sediaada dan telah mengakibatkan air bertakung di jalan raya tersebut.

  2. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat jadual pembersihan longkang sepanjang Jalan Pintasan Rawang memandangkan rumput tumbuh di dalam longkang dapat dilihat dengan jelas? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Jalan Pintasan Rawang (FT37) adalah merupakan kategori Jalan Utama dimana skop rutin Pembersihan Longkang  (R07) yang dilaksanakan adalah 2 kali setahun mengikut jadual rutin tahunan. Skop R07 tersebut akan dijalankan pada bulan Jun dan Disember tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.