Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

179) JALAN PINTAS SIMPANG 3 PERSIARAN SENTOSA DAN JALAN CEMPAKA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan keselamatan yang akan diambil oleh MPHS bagi mengelakkan kejadian kemalangan maut seperti contoh di persimpangan jalan pintas simpang 3 dan adakah klasifikasi jalan ini dibawah kebenaran dan kelulusan MPHS? Mohon penjelasan.

    Pihak MPHS akan menutup simpang keluar dari kawasan perniagaan Jalan Orkid 1G ke Persiaran Sentosa mulai 1 Disember 2022 kerana kenderaan yang keluar dari simpang tersebut dan melintas ke Jalan Cempaka dengan tidak mengikut peraturan lalulintas dikatakan menjadi punca kemalangan kerap berlaku. Dimaklumkan bahawa simpang tersebut adalah simpang yang diluluskan dalam pembangunan rumah kedai Jalan Orkid 1G Seksyen BS1 Bandar Bukit Sentosa tetapi simpang tersebut dibina hanya untuk kenderaan keluar membelok kiri sahaja dan tidak boleh merentas jalan 4 lorong (Persiaran Sentosa)

Lampiran

Tiada Lampiran.