Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

88) JALAN PINTAS HULU CHUCHOH KE KLIA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek jalan pintas KLIA2 ke Sungai Pelek yang mana laluan cadangan melalui tanah MAB ?

    Projek yang dimaksudkan adalah projek Jalan Pintasan Menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Kampung Ulu Chuchuh, Mukim Sepang.

    Projek ini telah diangkat kepada Bahagian Pengurusan Projek Luar Bandar, Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 3 September 2019 untuk dilaksanakan dalam RMKe-12.

  2. Apakah pihak Kerajaan Negeri melalui MB Incorporated atau syarikat swasta lain yang berminat untuk menaik taraf jalan tersebut melalui projek CSR?

    Setiap permohonan akan diteliti dan dipertimbangkan untuk diproses mengikut garispanduan dan skop yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI.

Lampiran

Tiada Lampiran.