Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

159) JALAN PERSEKUTUAN FT54 SUNGAI BULOH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah JKR dapat mengadakan suatu pembahagi jalan bagi kawasan hadapan Shell Jalan Sungai Buloh memandangkan ia sering berlaku kemalangan ?

    Ini adalah Jalan Persekutuan FT54. JKR Selangor telah memohon untuk menaiktaraf jalan tersebut kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR

  2. Bilakah JKR dapat mengadakan lampu jalan di hadapan stesen Caltex memandangkan ia amat gelap ketika waktu malam?

    Ini adalah Jalan Persekutuan FT54. JKR Selangor telah membuat siasatan di kawasan tersebut dan mendapati kawasan tersebut berada di bawah talian rentas TNB. Pemasangan lampu jalan tidak dibenarkan di bawah talian rentas TNB kerana berisiko tinggi yang boleh menyebabkan

  3. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kesesakan trafik yang melampau di FT54 pada hari pasar malam?

    Ini adalah Jalan Persekutuan FT54. Kesesakan adalah disebabkan lokasi pasar malam. Oleh itu lokasi pasar malam hendaklah diubah ke lokasi yang tidak menyebabkan kesesakan

Lampiran

Tiada Lampiran.