Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
217) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses menaiktaraf jalan tersebut yang dewasa ini semakin berlekuk-lekak dan sangat merbahayakan pengguna jalanraya ?
Proses menaiktaraf jalan Persekutuan FT 005 bagi pakej Tanjung Karang sehingga Sabak Bernam akan dilaksanakan dalam Program Lebuhraya Pantai Barat yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Bagi pakej lain, pihak JKR akan menyelenggara jalan tersebut secara berkala bergantung kepada peruntukan yang diterima.
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf dan membina pembahagi jalan dari kilang Bernas hingga ke Balai Bomba Sekinchan dapat dimulakan ?
Proses menaiktaraf jalan Persekutuan FT 005 bagi pakej Tanjung Karang sehingga Sabak Bernam akan dilaksanakan dalam Program Lebuhraya Pantai Barat yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Bagi pakej lain, pihak JKR akan menyelenggara jalan tersebut secara berkala bergantung kepada peruntukan yang diterima.
-
Sila huraikan apakah perancangan jangka masa panjang Kerajaan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas terutamanya di persimpangan lampu isyarat Pekan Sekinchan dan Tanjung Karang khususnya pada hari hujung minggu dan kelepasan am ?
Laluan Persekutuan FT 005 dari Tanjung Karang sehingga ke Sabak Bernam terlibat dengan Cadangan Laluan Lebuhraya Pantai Barat yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Laluan ini akan dinaiktaraf sepenuhnya ke Piawaian R5 iaitu dua laluan dua lorong termasuk persimpangan bertingkat di beberapa lokasi, pembahagi jalan dan kerja geoteknikal yang menyeluruh dan sistem perparitan.
Bagi penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kesesakan lalulintas di persimpangan lampu isyarat di Pekan Sekinchan dan Tanjung Karang, pihak JKR akan melaksanakan program naiktaraf peti kawalan lampu isyarat kepada jenis pintar.
Lampu isyarat di persimpangan-persimpangan yang berkenaan akan diselaraskan dengan sistem ‘Greenwave’ bagi membolehkan kenderaan di laluan utama tidak tersekat di persimpangan. Lampu isyarat tersebut juga akan dipasang dengan ‘countdown display’ yang akan berinteraksi dengan sistem ‘adaptive countdown’ yang mana paparan masa akan berubah mengikut jumlah kenderaan yang melalui persimpangan tersebut.