Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

113) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan berapakah kos pemasangan lampu jalan yang dipasang dari kilang Bernas Sekinchan ke Balai Bomba sepanjang 1km ?

    Kos pemasangan lampu jalan yang dipasang dari kilang Bernas Sekinchan ke Balai Bomba sepanjang 1km adalah berjumlah RM 250 ribu.

  2. Sila nyatakan bilakah pihak Jabatan Kerja Raya akan menaiktaraf jalan Persekutuan 5 termasuk membina pembahagian Jalan khususnya dari segmen kapar ke Sabak Bernam yang tidak rata dan merbahayakan para pengguna jalan tersebut

    Jabatan Kerja Raya telah pun memohon ke Kementerian Kerja Raya bagi menaiktaraf jalan ini. Kerja-kerja akan dimulakan sebaik sahaja peruntukan diluluskan bagi melaksanakan kerja-kerja ini.

  3. Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan keseluruhan Jalan Persekutuan 5 yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ?

    Kos penyelenggaraan tahunan keseluruhan jalan Persekutuan 5 bagi Daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam sepanjang 125.9 km adalah seperti berikut:-

    Tahun 2011 2012 (sehingga Oktober)
    Kos RM 9,282,044.50 RM 7,332,041.70

    Jalan ini merupakan Jalan Persekutuan dan segala kerja penyelenggaraan adalah di bawah peruntukan persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.