Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

44) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah pihak JKR akan memulakan kerja-kerja membina pembahagi jalan dan memasang lampu jalan khususnya dari Kilang Bernas Sekinchan menuju ke Balai Bomba Sekinchan ?

    Kerja-kerja pemasangan lampu jalan pakej kedua iaitu bermula dari Kilang Bernas – Balai Bomba Sekinchan akan bermula bulan April 2012.

    Bagi kerja-kerja pemasangan pembahagi jalan, ianya akan dibuat melalui pakej naik taraf jalan dalam Program Lebuh raya Pantai Barat ( Tanjong Karang – Sabak Bernam) yang dijangka akan bermula pada Julai 2012.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan yang menyebabkan sehingga kini permohonan tersebut masih gagal dipenuhi ?

    Tiada kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan permohonan ini. Permohonan ini telah pun termasuk dalam rancangan Kementerian Kerja Raya untuk menaiktaraf jalan ini melalui program Lebuhraya Pantai Barat yang dijangka bermula Julai 2012.

  3. Sila nyatakan apakah benar perancangan Lebuh raya Pantai Barat yang bakal dibina akan mengguna pakai sebahagian Jalan Persekutuan 5 khususnya dari segmen Tanjung Karang menuju ke Sabak Bernam ?

    Benar seperti yang dinyatakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.