Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

165) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan nama kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan 5 segmen Kapar-Sabak Bernam.

    Untuk makluman, Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia disenggara oleh pihak konsesi yang telah dilantik di bawah Perjanjian Penswastaan Penyenggaraan Semenanjung Malaysia.

    Pihak konsesi yang dilantik dan bertanggungjawab untuk penyenggaraan seluruh Jalan Persekutuan di Negeri Selangor adalah Roadcare (M) Sdn. Bhd.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan setiap tahun dan tempoh perjanjian kerja-kerja tersebut ?

    Jalan Persekutuan 5 di Negeri Selangor adalah bermula dari seksyen 344.5 (Daerah Sepang) sehingga seksyen 459.0 (Sabak Bernam) iaitu sepanjang 5 KM. Peruntukan yang diterima adalah berdasarkan skop penyenggaraan seperti jadual dibawah:-

    Skop/ Tahun 2011

    (RM)

    2012

    (RM)

    2013*

    (RM)

    Penyenggaraan Rutin 350,104.00 350,104.00 350,104.00
    Penyenggaraan Berkala 6,948,627.5 7,333,605.50 7,323,001.33

    * sehingga Jun 2013

    Tempoh perjanjian konsesi adalah 15 tahun bermula daripada tahun 2001 sehingga tahun 2016.

  3. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf pembahagi jalan terutamanya dari Kilang Bernas menuju ke Balai Bomba Sekinchan akan dimulakan ?

    Pembinaan pembahagi jalan telah dilaksanakan secara berperingkat menggunakan peruntukan tahunan. Sehingga kini, sepanjang 1493 m pembahagi Jalan di antara Tg. Karang hingga ke Sabak Bernam telah dibuat.

    Untuk makluman, Laluan Persekutuan 5 dari Tg. Karang ke Sabak Bernam adalah merupakan laluan Lebuhraya Pantai Barat yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pembinaan lebuhraya ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf keseluruhan jalan termasuklah pembinaan pembahagi jalan di sepanjang laluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.