Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

204) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan nama kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja penyelenggaraan Jalan tersebut dan bilakah kontraknya akan berakhir ?

    Nama kontraktor yang dilantik adalah konsesi Roadcare (M) dan kontraknya akan berakhir pada 31 Januari

  2. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaik pulih jalan-jalan yang berlekuk-lekak akan dijalankan di sepanjang Jalan tersebut ?

    Kerja-kerja berkala membaikpulih permukaan jalan sedang dalam perlaksanaan dari semasa ke semasa mengikut keutamaan. Pada tahun 2014, sebanyak RM1.8 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja membaikpulih jalan di laluan tersebut

  3. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pembahagi jalan khususnya dari Kilang Bernas hingga ke Balai Bomba Sekinchan akan diselesaikan ?

    Lampu jalan dan pembahagi jalan khususnya dari Kilang Bernas hingga ke Balai Bomba Sekinchan terletak di Laluan 5 Tg Karang ke Sabak Bernam dan terlibat dalam jajaran Projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE). Kerja-kerja menaiktaraf sepanjang laluan sedia ada akan dilaksanakan dibawah peruntukan projek WCE .

Lampiran

Tiada Lampiran.