Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
257) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan.
Masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah Jalan antara Kilang Bernas hingga ke Balai Bomba Sekinchan bermula sejak jalan tersebut dinaiktaraf dari 2 lorong kepada 4 lorong. Masalah-masalah tersebut telah dikenal pasti dan telah diambil tindakan oleh JKR Malaysia Cawangan Jalan. Kajian dan penelitian juga telah dibuat oleh Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik Ibu Pejabat JKR Malaysia di Jalan tersebut antara Seksyen 506.20 hingga 509.6. Cadangan untuk penambahbaikan dan menaiktaraf adalah amat perlu. Perlaksanaan adalah bergantung kepada penyediaan reka bentuk dan peruntukan yang akan diluluskan.
-
Sila perjelaskan apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan walaupun sudah berulang kali masalah yang sama telah diutarakan ?
Pejabat ini menjalankan kajian dan penelitian di kawasan tersebut. Berdasarkan borang data kemalangan (POL 27) yang diterima daripada polis, lokasi yang paling tinggi mata HPU adalah di Sek 507 iaitu sebanyak 10 mata dan masih di bawah kriteria lokasi yang perlu ditambahbaikkan iaitu 15 mata. Oleh itu, pejabat ini telah menjalankan penambahbaikan membina pemisah jalan di lokasi yang kritikal dahulu. Walaubagaimanapun pejabat ini juga telah memohon peruntukan untuk memasang pemisah jalan di lokasi 506.20 hingga 509.60 dan kerja-kerja akan dilaksanakan segera setelah peruntukan diterima.
-
Sila kemukakan statistik terkini jumlah kemalangan yang berlaku dari Jan hingga Jun tahun 2010 dan nyatakan kaedah yang berkesan bagi mengurangkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan tersebut ?
Bersama-sama ini disertakan statistik jumlah kemalangan di kawasan berkenaan Seksyen 506.20 hingga 509.60 dari bulan Jun hingga Jun 2010 sebagaimana yang Kaedah yang paling berkesan untuk mengurangkan berlaku kemalangan adalah dengan meningkatkan aspek keselamatan jalan raya dan kerja-kerja tersebut sedang dilakukan dari masa ke semasa.