Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

228) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah ?

    Jalan Persekutuan FT005 seksyen 506.14 – 511.00 adalah merupakan jalan utama
    yang menghubungkan pekan dari Kilang Bernas ke Balai Bomba Sekinchan.
    Pemantauan JKR Selangor mendapati jalan tersebut mengalami kekurangan lampu
    dan pembahagi jalan. Lampu jalan yang dipasang hanyalah di kawasan persimpangan
    sahaja. JKR Selangor telah mengadakan lawatan bersama Ibu Pejabat JKR Malaysia
    serta JKR Daerah Sabak Bernam pada 19 Mei 2009. JKR Selangor telah
    mengemukakan permohonan peruntukan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia berjumlah RM
    2,340,000.00 bagi pemasangan lampu dan pembahagi jalan serta menaiktaraf
    persimpangan.

  2. Apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan walaupun sudah berulang kali masalah tersebut diutarakan kepada pihak Kerajaan ?

    Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia sentiasa mengambil perhatian berhubung
    masalah dan aduan yang dikemukakan oleh masyarakat setempat. Setiap
    permohonan peruntukan yang dikemukakan oleh JKR Selangor ke pihak Kementerian
    Kerja Raya Malaysia akan disemak dan dinilai dan kelulusan peruntukan akan
    diputuskan mengikut keutamaan. Untuk permohonan ini pihak Kementerian Kerja Raya
    juga telah mengarahkan Pengarah Cawangan Jalan JKR Malaysia untuk mengambil
    tindakan berhubung hal ini dan dijangka hal ini akan dapat dilaksanakan tidak lama
    lagi.

  3. Sila kemukakan statistik jumlah kemalangan yang dicatatkan di sepanjang jalan tersebut sejak 3 tahun yang lalu ?

    Berikut adalah statistik jumlah kemalangan yang dicatatkan disepanjang jalan tersebut
    sejak 3 tahun yang lalu:
    Bil Seksyen Tahun Jum
    Kemalangan Maut Parah Ringan
    1 506
    2007 3 0 0 3
    2008 2 1 2 0
    2009 1 0 1 0
    2 507
    2007 1 0 0 2
    2008 1 0 0 1
    2009 6 1 5 2
    3 508
    2007 7 0 2 5
    2008 4 0 3 1
    2009 1 0 1 0
    4 509
    2007 0 0 0 0
    2008 5 3 1 3
    2009 2 0 0 2
    5 510
    2007 0 0 0 0
    2008 3 0 0 4
    2009 2 0 2 1
    6 511
    2007 4 1 1 2
    2008 6 2 1 8
    2009 2 0 1 1
    7 512
    2007 4 2 3 2
    2008 0 0 0 0
    2009 3 1 2 1
    8 513
    2007 2 0 0 3
    2008 0 0 0 0
    2009 1 1 0 0

Lampiran

Tiada Lampiran.