Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
112) JALAN PERSEKUTUAN 5
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan perkembangan terkini kerja-kerja menaiktaraf jalan Persekutuan 5 yang merupakan sebahagian daripada jajaran Lebuhraya WCE
Ini adalah Jalan Persekutuan (FR5) dan projek ini diuruskan oleh Pasukan Projek JKR Ibu Pejabat. Terdapat dua (2) projek yang sedang dalam pembinaan di sepanjang jalan tersebut iaitu:-
- Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Sabak Bernam – Hutan Melintang sepanjang 5 km. Kemajuan kerja di tapak sehingga 13 Jun 2016 ialah 28.7% (sebenar) berbanding 48.8% (jadual) dan;
- Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Tanjong Karang – Sabak Bernam, Selangor sepanjang 45 km. Kemajuan kerja di tapak sehingga 30 Jun 2016 ialah 0.5% (sebenar) berbanding 1.0% (jadual).
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan?
Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Sabak Bernam – Hutan Melintang. Kos Projek RM166,000,000.00
Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Tanjong Karang – Sabak Bernam, Selangor. Kos Projek RM735,717,776.94
-
Sila kemukakan kontraktor yang dilantik dan tarikh dijangka siap.
Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Sabak Bernam – Hutan Melintang
Kontraktor : Mangkubumi Sdn. Bhd.
Tarikh Mula : 27 Julai 2015
Tarikh Siap : 26 Julai 2017
Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Tanjong Karang – Sabak Bernam, Selangor.
Kontraktor : Mangkubumi Sdn. Bhd.
Tarikh Mula : 21 Mac 2016
Tarikh Siap : 20 Mac 2020