Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
297) JALAN PERSEKUTUAN 1 TANJUNG MALIM – RAWANG (FT001)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cadangan JKR Selangor untuk membantu menyelesaikan kesesakan Jalan FT001 ke Genting Highland memandangkan punca masalah adalah jambatan yang sempit?
- JKR Selangor telah memohon untuk jalan FT001 ini dinaiktaraf dari Templer Park ke sempadan Perak dalam RMK-11.
-
Status terkini kajian JKR Selangor untuk menaiktaraf simpang Pekan Rasa keluar ke Jalan FT001 yang sering berlaku kemalangan.
Kajian akan dilaksanakan setelah projek ini diluluskan dalam RMK-11. Buat sementara waktu, pihak JKR akan mengambil tindakan dengan memasang papan tanda amaran dan lain-lain kerja berkaitan untuk mengatasi masalah kemalangan.