Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
346) JALAN PERHUBUNGAN UNTUK MASUK KE KAWASAN KG BUKIT DAMAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kg Bukit Damar terdiri dari kampung melayu dan orang asli. Kedudukannya diantara Cyberjaya dan Cyber Valley tetapi tiada akses jalan yang betul. Apakah langkah kerajaan supaya kawasan tersebut boleh diakses dari jalan besar?
Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sedang dalam perancangan projek untuk menaiktaraf dan membina Jalan di Kampung Bukit Damar, Mukim Dengkil dan dijangka lantikan kontraktor pada Januari 2025 .
-
Adakah Kerajaan merancang untuk membuat jalan perhubungan diantara Cyberjaya dan Cyber Valley memandangkan jalan sedia ada terlalu sesak di waktu kemuncak?
Skop Cadangan bagi Projek Naiktaraf KKDW di (a) ini adalah:
i) Terdapat Cadangan membina jalan baru/ jalan perhubungan sepanjang 2.5km dengan piawaian JKR R2 dan Jalan Perhubungan Desa (JPD) sepanjang 8.5km.
ii) Membina persimpangan baru
iii) Memasang lampu Jalan
iv) Membina Sistem Pembentung dan Perparitan
v) Pengalihan kemudahan utiliti awam
vi) Pengambilan balik tanah.