Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

263) JALAN PANTAI MORIB KE PANTAI SEPANG PUTRA ( BAGAN LALANG)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan aduan jalan rosak yang diterima dan direkodkan oleh JKR untuk jalan tersebut dari tahun 2012 hingga kini.

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT005. Mengikut statistik aduan JKR Daerah Kuala Langat, terdapat sejumlah 14 aduan yang diterima dari tahun  2012 hingga 2020 (Januari).

    Tahun Jumlah Aduan
    2012
    2013
    2014
    2015 1
    2016
    2017 2
    2018 5
    2019 5
    2020 1
    Jumlah Keseluruhan 14

    Sumber: Lisan, Telefon, Surat

  2. Berapakah peruntukan JKR untuk lampu jalan di sepanjang jalan tersebut?

    Peruntukan penyelenggaraan bagi lampu jalan dan lampu isyarat bagi jalan tersebut adalah seperti berikut:

    Tahun Peruntukan (RM)
    2020 120,000.00
    2019 100,00.00
    2018 100,00.00
    2017 100,00.00
    Jumlah Keseluruhan 420,000.00
  3. Senaraikan statistik kemalangan maut 5 tahun sebelum ini yang melibatkan jalan tersebut.

    Berikut adalah statistik kemalangan maut dari tahun 2016 hingga 2019:

    Tahun Bil. Kemalangan Maut
    2016 14
    2017 11
    2018 7
    2019 2
    Jumlah Keseluruhan 34

    Sumber: Data Kemalangan Bulanan, Bahagian Perancang Jalan, KKR

Lampiran

Tiada Lampiran.