Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

38) JALAN MRT SG. BULOH Ð KAJANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jalan MRT akan dibina antara Sungai Buloh ke Kajang. Sejauh manakah kerjasama diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap projek Kerajaan Persekutuan ini?

    1. Sehingga kini, Kerajaan Negeri memberikan sepenuh sokongan terhadap cadangan Projek MRT ini setelah diberikan penerangan tentang  impak  dan kesan dari projek ini. Projek MRT ini akan memberikan kesan ekonomi yang  besar yang akan membantu pertumbuhan ekonomi

     

    Secara dasarnya Kerajaan Negeri bersetuju dengan cadangan  yang  dikemukakan dan kini jajaran penuh sedang dipamerkan untuk maklum balas awam dan seterusnya dibentangkan semula kepada Kerajaan Negeri untuk melihat pandangan awam terhadap projek MRT ini.

  2. Berapakah jumlah kewangan yang terlibat dengan pengambilan tanah milik negeri dan individu?

    1. Kos bagi pengambilan balik tanah yang terlibat masih lagi belum ditentukan memandangkan jajaran yang akan digunapakai untuk Projek MRT ini masih lagi dalam hebahan awam. Selepas jajaran akhir dikenalpasti, proses nilaian harga akan dibuat oleh Pentadbir Tanah untuk memastikan bayaran pampasan yang akan dibayar kepada semua pemilik tanah yang terlibat. Bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang diberikan, bantahan boleh dibuat dan nilai fi penilai profesional akan ditanggung oleh
  3. Apakah kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati pengguna perkhidmatan jalan MRT berkenaan?

    1. Pembangunan MRT ini merupakan pembangunan yang dirancang dengan teliti dan telah melalui kajian kesesuaian serta pelbagai kajian yang digariskan oleh jabatan dan agensi teknikal serta PBT. Antara kemudahan yang akan disediakan oleh pemaju projek ialah park and ride, pejalan kaki yang selesa, kemudahan untuk OKU dan pelbagai lagi kemudahan yang difikirkan

Lampiran

Tiada Lampiran.