Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

175) JALAN MEMASUKI TAMAN SERENDAH MAKMUR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan masuk Taman Serendah Makmur masih lagi menjadi masalah kepada penduduk terutama pada musim hujan dan mengakibatkan banjir, penduduk menyokong dan berharap jalan sebenar dapat dibuat. Apakah tindakan kerajaan dalam isu ini?

    Jalan masuk ke Taman Serendah Makmur pada masa kini hanya menggunakan jalan sementara yang dibina oleh pemaju asal dimana cadangan jalan masuk yang kekal belum dibina kerana kelewatan pemaju menyelesaikan isu pengambilan tanah milik Ladang Kelapa Sawit bagi tujuan penyediaan rezab sebenar jalan masuk tersebut. Dimaklumkan bahawa ada Pemaju baru (syarikat penyelamat) yang akan memajukan baki kawasan belum dibangunkan termasuk mengambil alih skop pembinaan jalan tersebut namun sehingga kini tiada sebarang permohonan pembangunan dikemukakan. Berkaitan isu banjir, dilaporkan punca banjir adalah berkaitan dengan saliran tanah yang berada di kawasan Ladang berhampiran dimana ianya perlu diselenggara oleh pihak pemilik tanah ladang berkenaan kerana ianya menyebabkan `backflow’ ke kawasan jalan sementara tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.