Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
50) JALAN MASUK KE KAMPUNG BAHAGIA, BUKIT LAGONG, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan untuk menurap semula jalan utama masuk ke Kampung Bahagia Bukit Lagong, Sungai Buloh?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Untuk makluman, bagi status penurapan semula jalan, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah menjalankan kerja-kerja penurapan bermula 20 Oktober 2024 dan telah mencapai tahap 90% siap bagi kerja-kerja penurapan, sepanjang lebih kurang 530 meter dengan menggunakan peruntukan Projek Mesra Rakyat sebanyak RM100,00.00. Projek ini menggunakan Asphaltic Concrete Wearing Course (ACWC 14) dengan 50mm ketebalan serta lapisan pelekat RS1K tack coat yang disembur menggunakan motorized colpaved sprayer. Untuk garisan jalan, bahan reflective thermoplastic telah digunakan bagi memastikan keselamatan dan ketahanan yang lebih baik.
-
Bilakah projek ini dapat dilaksanakan?