Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
206) JALAN MASUK KE EMPANGAN SG TINGGI TERPUTUS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memperbaiki jalan masuk ke Empangan Sg Tinggi yang telah lama terputus? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Pada 26.8.2019 telah diadakan satu mesyuarat antara Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor bersama agensi teknikal yang berkaitan serta pemilik tanah iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebagai pemajak tanah. Antara intipati perbincangan tersebut adalah :
- PKPS telah melantik pihak perunding untuk menyediakan pelan lakaran serta anggaran kerja-kerja baik pulih tanah runtuh tersebut. Kos baik pulih tanah runtuh dan binaan jambatan besi yang baru adalah dianggarkan berjumlah RM 250,000.00 dengan jangkaan pelaksanaan 4 – 6 bulan.
- Tindakan baik pulih jalan masuk ke Empangan Sungai Tinggi akan dilaksanakan oleh pihak MBI dan PKPS sebagai pemilik dan pemajak tanah secara bersama.
- Kos baik pulih akan diselaraskan antara pihak MBI dan PKPS
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pengambilan tanah bagi jalan masuk ini yang sekarang hakmiliknya adalah PKPS?
Melalui mesyuarat yang sama pada 26.8.2019 bersama pihak MBI dan PKPS, terdapat cadangan untuk dilakukan proses serah balik sebahagian tanah kepada pihak kerajaan bagi tujuan jalan / laluan, melalui kaedah Kanun Tanah Negara (Seksyen 12B) setelah proses baik pulih dijalankan bagi memudahkan tindakan pencegahan pada masa akan datang. Namun perkara ini perlu diperhalusi kerana ia melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri kemudian.