Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
124) JALAN MARRIS DI BAWAH MBSA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa kilometer jalan didaftarkan di bawah MARRIS di MBSA? Sila senaraikan mengikut tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2016
Jumlah kilometer jalan MBSA yang telah didaftarkan di bawah MARRIS ialah seperti berikut :
Bil Tahun Panjang Jalan (KM) Catatan 1 2011 1,060.79 2 2012 1,819.03 3 2013 2,670.00 4 2014 3,126.09 5 2015 944.994 Audit pemutihan data oleh pihak JKR dan pertindihan jalan MP Klang disebabkan pemilik dua daerah JKR iaitu Petaling dan Klang 6 2016 1,790.059 7 2017 1980.26 Sebelum tahun 2011 pihak Majlis tidak memiliki rekod panjang jalan disebabkan pendaftaran jalan hanya menggunakan borang dan dihantar kepada pihak JKR Daerah untuk direkodkan. Bermula tahun 2011 pihak Majlis merekodkan data panjang jalan melalui sistem MARRIS Online. Penerimaan peruntukkan MARRIS sebelum ini tidak merujuk kepada data panjang jalan.
-
Berapa kos diperuntukkan bagi setiap satu kilometer?
Pihak Majlis tidak dimaklumkan oleh Kewangan Negeri berhubung kos sebenar peruntukkan yang disalurkan untuk setiap kilometer. Pengiraan pemberian peruntukan untuk setiap PBT dilakukan oleh pihak Kewangan Negeri dan JKR Negeri.
-
Berapakah bayaran peruntukan MARRIS kepada MBSA bagi setiap tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2017?
Dimaklumkan bahawa Majlis tidak menerima peruntukan MARRIS sebelum tahun 2011. Bayaran peruntukan MARRIS kepada MBSA dari tahun 2011 hingga 2017 ialah seperti berikut :
Bil Tahun Peruntukkan (RM)
1 2011 4,200,000.00 2 2012 9,200,000.00 3 2013 19,410,942.00 4 2014 52,910,057.80 5 2015 84,983,103.90 6 2016 39,823,089.50 7 2017 56,687,646.66