Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

402) JALAN MARRIS DI BAWAH DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bagi Marris bagi jalan di Kota Damansara?

    Pihak MBPJ telah menerima sejumlah peruntukan bagi MARRIS bagi jalan di DUN Kota Damansara adalah RM1.6 juta bagi tahun 2024.

  2. Apakah tindakan kerajaan terhadap jalan yang berlubang di Kota Damansara?

    Berikut adalah tindakan yang dilaksanakan oleh pihak Majlis bagi mengatasi masalah jalan yang berlubang di Kota Damansara

    1. Kerja tampalan jalan berlubang secara in-house oleh Road Gang MBPJ
    2. Kerja tampalan jalan berlubang melalui perlantikan kontraktor inden.
    3. Kerja tampalan jalan berlubang melalui perlantikan kontraktor tahunan.
    4. Penurapan semula jalan secara ‘mill and pave’ dan lain-lain kerja yang berkaitan disebahagian Persiaran Mahogani, sebahagian Persiaran Surian, sebahagian Persiaran Kenanga, sebahagian Jalan Teknologi, Jalan Cecawi 6/19, sebahagian Jalan PJU 5/1, sebahagian Jalan Cecawi 6/18 dan sebahagian Jalan Cecawi 6, PJU 5, Petaling Jaya dengan menggunakan peruntukan MARRIS 2024 anggaran kos 1.6 juta

  3. Korekan utiliti yang menyebabkan lubang yang banyak di Kota Damansara.

Lampiran

Tiada Lampiran.