Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

338) JALAN LORONG MELATI (B25)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Keadaan jalan Lorong Melati (B25) yang menghubungkan Bukit Rahman Putra dan Kundang sangat tidak memuaskan dan telah mengakibatkan banyak kemalangan jalanraya, apakah tindakan pihak kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini dari terus berulang?

    Keadaan jalan yang tidak memuaskan adalah berpunca daripada kerja-kerja tampalan yang tidak mengikut spesifikasi JKR oleh pihak syarikat utiliti akibat kerja korekan melalui kerja-kerja kecemasan disebabkan oleh kekerapan kejadian paip pecah di laluan tersebut.

    Walaubagaimanapun, pihak syarikat uitiliti dalam tindakan melantik pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja mill and pave sepertimana yang telah disyaratkan oleh pihak JKR.

    Selain itu, pihak JKR juga telah melaksanakan kerja-kerja meningkatkan aspek keselamatan di laluan tersebut pada tahun 2024 melalui peruntukan Kerajaan Negeri seperti pemasangan papantanda amaran dan garisan Jalur Bergetar Kuning (Transverse Yellow Bar) .

Lampiran

Tiada Lampiran.