Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
57) JALAN LINGKARAN TENGAH II ATAU MRR2
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jalan Lingkaran Tengah II atau MRR2 merupakan salah satu infrastruktur terpenting yang merancakkan pertumbuhan ekonomi, perniagaan serta menjadi penghubung bagi warga Selangor dan Wilayah Persekutuan. Banyak kepentingan ekonomi kerajaan Pusat juga disokong dan berteraskan kepada MRR2. Sila kemukakan semua agensi dan perbadanan kerajaan Pusat, kerajaan Selangor dan pihak Bandaraya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terlibat dalam mengurus, menyelia dan menyelenggara MRR2
Jalan Lingkaran Tengah 11 atau MRR2 adalah merupakan laluan utama yang
menghubungkan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Panjang jalan tersebut adalah
39.9 Kilometer iaitu 20.54 Kilometer di Negeri Selangor dan 16.26 Kilometer di Wilayah
Persekutuan. Agensi yang terlibat di dalam mengurus, menyelia dan menyenggara
MRR2 di Negeri Selangor adalah Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Daerah Petaling,
Gombak dan Hulu Langat) dan di Wilayah Persekutuan di laksanakan oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur. Bersama-sama ini disertakan had persempadan
penyelenggaraan seperti Lampiran A.LAMPIRAN A
Had persempadanan Penyelenggaraan Jalan Lingkaran Tengah 11 (MRR2)
Bil Seksyen Mula Seksyen Tamat Pihak Berkuasa
Terlibat
1 0.00 0.60 JKR Daerah Petaling
2 0.60 1.70 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL)
3 1.70 4.50 JKR Daerah Gombak
(Atas)
4 DBKL (Bawah – Pier 33 hingga
Pier 19)
5 4.50 8.90 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL)
6 8.90 15.70 JKR Daerah Gombak
7 15.70 19.20 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL
8 19.20 25.90 JKR Daerah Gombak
9 25.90 27.70 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL
10 27.70 32.30 JKR Daerah Hulu Langat
11 32.30 39.90 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) -
Sila kemukakan kos yang ditanggung (jika ada) oleh kerajaan negeri Selangor dalam mengurus, menyelia dan menyelenggarakan sejak MRR2 mula beroperasi dan berapa peratuskah tanggungan ini berbanding dengan kos keseluruhan.
Peruntukan Penyelenggaraan Jalan Lingkaran Tengah 11 atau MRR2 tidak
menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. Jalan tersebut merupakan Jalan
Persekutuan dan segala kos penyelenggaraan jalan adalah menggunakan peruntukan
Kerajaan Persekutuan. -
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan Negeri Selangor melalui pihakPihak Berkuasa Tempatan berkenaan bagi mengatasi pelbagai kelemahan penyelenggaraan MRR2 seperti terdapat banyaknya lokasi-lokasi berbahaya, kawasankawasan sesak lalu lintas dan masalah kebersihan sekitar terutamanya laluan MRR2 yang melintasi kawasan Hulu Kelang.
’pothole’, mencuci longkang dan lain-lain kerja rutin yang berkaitan di sepanjang had
sempadan jalan di Jalan Lingkaran Tengah 11 (MRR2) yang disenggara oleh pejabat ini
berdasarkan peruntukan yang diberi. Pejabat ini dalam proses mengumpul maklumat
dan data kemalangan POL 27 dari Polis Diraja Malaysia berhubung kawasan
kemalangan dan menyediakan statistik laporan untuk dikemukakan ke Ibu Pejabat JKR
Malaysia bagi mendapatkan peruntukan kerja-kerja penambahbaikan aspek
keselamatan dan rawatan kos rendah ”blackspot”