Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
110) JALAN KELUAR MASUK TEMPLER DOLEMITE
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini jalan keluar masuk di Templer Dolemite ke jalan utama?
Jalan susur masuk dan keluar ke kawasan perumahan Dolomite Templer masih lagi belum diserahkan kepada JKR.
Terkini, mesyuarat pada 16 Feb 2022 dengan pemaju Dolomite, pemaju memaklumkan syarikat tersebut mengalami masalah kewangan yang menyebabkan kerja penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan.
Pihak JKR telah menegaskan dan mengarahkan pemaju untuk menyiapkan baki kerja dan menyenggara jalan dan lampu jalan di kawasan tersebut seperti syarat kelulusan yang telah diberikan sebelum ini. Baki kerja yang belum disiapkan ialah susur masuk dari Selayang ke perumahan Dolomite Templer dan susur keluar dari perumahan ke Selayang.
Jalan susur keluar dan masuk tersebut perlu diserahkan dan disenggara oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).JKR hanya akan menyenggara sempadan/had yang berada di laluan utama Jalan Persekutuan FT001 sahaja. Jika masih lagi tiada tindakan yang diambil oleh pemaju dalam tempoh 2 minggu, JKR akan mengambul tindakan sewajarnya seperti khidmat nasihat perundangan dan sebagainya.