Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
186) JALAN KELUAR-MASUK KE GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE (GMI)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jalan keluar-masuk ke GMI, Bangunan Latihan KWSP dan Taman Universiti dari jalan Kajang-Bangi melalui Sungai Tangkas sempit dan tidak bersesuaian. Adakah sebarang perancangan bagi menggantikan jalan tersebut?
Pihak Majlis mempunyai perancangan bagi menaik taraf jalan tersebut kepada jalan 100 kaki bermula dari persimpangan Jalan Reko sehingga pembangunan I&P Menara Sdn. Bhd. dengan menggunakan sumbangan pemaju.
JAWAPAN DARIPADA JKR
Laluan Negeri B17, Jalan menghubungkan Kajang dan Bangi merupakan jalan di bawah bidang kuasa JKR Selangor dan had penyelenggaraan JKR tamat di persimpangan Stesen Komuter UKM dan jalan masuk ke Kg Sungai Tangkas. Jalan keluar – masuk ke GMI, Bangunan Latihan KWSP dan Taman Universiti merupakan jalan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang. Setakat ini JKR belum mempunyai sebarang perancangan untuk menggantikan jalan tersebut kerana ianya masih lagi menampung aliran trafik sedia ada.
-
Bagaimanakah dengan pelan lokasinya?
Pelan Rekabentuk bagi menaik taraf jalan tersebut telah disediakan oleh Perunding Pemaju I&P Menara Sdn. Bhd.
-
Adakah ianya melibatkan pengambilan tanah penduduk setempat?
Cadangan menaik taraf jalan berkenaan ada melibatkan beberapa lot individu.