Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
248) JALAN KAMPUNG MELAYU SUBANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan bagi membaiki jalan di Kampung Melayu Subang?
Jumlah keseluruhan kos pembaikan jalan di Kampung Melayu Subang adalah sebanyak RM 1,323,372.50 bagi tahun 2024.
Senarai kerja yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Kerja-kerja membarumuka jalan dengan kaedah ‘Mill and Pave’ dan lain-lain kerja yang berkaitan di jalan Pekan Subang, Seksyen 2.8 hingga 3.0, Daerah Petaling, Selangor berjumlah RM 435,071.50.
- Kerja-kerja membarumuka jalan dengan kaedah ‘Mill and Pave’ serta kerja berkaitan di jalan Tudm Subang, Daerah Petaling, Selangor berjumlah RM 426,621.00.
- Kerja-kerja membarumuka jalan dengan kaedah ‘Mill & Pave’ dan lain-lain kerja di jalan Pekan Subang menghala ke Jalan Bukit Badak, Daerah Petaling, Selangor berjumlah RM 270,180.00.
- Cadangan membaikpulih permukaan jalan rosak di Jalan 4d, Daerah Petaling, Selangor berjumlah RM 191,500.00.
-
Apakah mekanisma yang digunakan oleh kerajaan terhadap penentuan jumlah peruntukan jalan di Kampung Melayu Subang?
Mekanisme yang digunakan bagi penentuan jumlah peruntukan jalan di Kampung Melayu Subang adalah berdasarkan kepada penilaian teknikal oleh pihak JKR serta mengambil kira jumlah aduan yang diterima. Pelaksanaan pembaikan adalah berdasarkan kelulusan peruntukan.
-
Adakah kerajaan mencadang untuk menambah jumlah peruntukan bagi membaiki jalan di Kampung Melayu Subang?
Peruntukan akan dipohon berdasarkan keperluan pembaikan jalan di Kampung Melayu Subang dan pelaksanaan pembaikan berdasarkan kelulusan