Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
237) JALAN KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah program pelebaran jalan utama Kg. Sungai Ramal Dalam akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah ‘bottle neck' di pertemuan jalan Kg. Sungai Ramal dalam dengan seksyen 8 Bandar Baru Bangi?
Sebahagian Jalan Kampung Sg Ramal Dalam merupakan jalan negeri yang di senggara oleh JKR Hulu Langat dan sebahagiannya dibawah PLB.
Cadangan melebarkan Jalan Sg Ramal Dalam telah dibangkitkan dalam mesyuarat Infra MPKj sebelum ini dan terdapat kekangan dimana struktur-struktur bangunan yang berada dalam rizab jalan perlu dibuat penguatkuasaan serta perobohan sebelum kerja-kerja pelebaran jalan dapat dilaksanakan.