Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

115) JALAN KAMPUNG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menerangkan jalan dan persimpangan yang gelap?

    Kerajaan Negeri tiada halangan untuk menerangkan jalan atau persimpangan yang gelap di kampung-kampung.

    Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keperluan dan peruntukan yang diluluskan.

    Isu lain yang mungkin akan timbul adalah pihak mana yang bertanggungjawab untuk membayar bil elektrik tersebut.

    Sekiranya pihak JKKK bersetuju untuk menjelaskan bil-bil berkenaan, ia akan memudahkan permohonan tersebut.

  2. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menggunakan teknologi lampu 'solar'?

    Teknologi „solar‟ merupakan salah satu altenetif yang boleh diguna pakai. Pada masa ini terdapat beberapa batang lampu yang menggunakan tenaga solar dipasang di dalam Daerah Kuala Selangor.

    Walaubagaimanapun, kajian perlu dibuat secara terperinci berikutan kos pemasangan lampu teknologi solar ini agak tinggi dan perlu diteliti supaya ia memberi “volue for money”.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.