Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
216) JALAN KAJANG BYPASS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan agensi yang bertanggungjawab di sepanjang Jalan Kajang Bypass.
Sebahagian daripada jajaran Jalan Kajang Bypass adalah di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya. Selain itu, sebahagian lain daripada jajaran tersebut juga merupakan seliaan di bawah pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Untuk makluman, Jalan Kajang Bypass kini dalam proses pewartaan jalan untuk diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan dijangka selesai pewartaan pada Januari 2026.
-
Apakah rancangan jangka pendek dan panjang kerajaan untuk mengatasi kesesakan di jalan ini?
Jalan Kajang Bypass sering mengalami kesesakan trafik, terutamanya pada waktu puncak. Antara lokasi yang sesak termasuklah susur ke Jalan Jenaris serta simpang Saujana Impian. Kesesakan ini berpunca daripada bilangan kenderaan yang tinggi pada waktu puncak, ditambah dengan keadaan jalan susur yang hanya mempunyai satu lorong bagi mengakses Jalan Jenaris, yang menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan dan tidak lancar. Walaubagaimanapun, Terdapat pembinaan susur oleh pemaju Daksina Harta di bawah tanggungjawab MPKJ bagi mengurangkan kadar kesesakan di persimpangan Saujana Impian yang dijangka siap pada 7 Jun 2025.