Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
95) JALAN-JALAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JKR Persekutuan akan menyerahkan Jalan Pandamaran, Jalan Banting Pandamaran kepada JKR Selangor?
Buat masa ini tiada sebarang perancangan untuk Jalan Pandamaran, Jalan Banting Pandamaran iaitu Jalan Persekutuan FT3218 diserahkan kepada Jalan Negeri JKR Selangor.
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
Berikut adalah sebab status jalan tersebut tidak ditukar status:
Kuasa bagi menukar status Jalan Persekutuan ke Jalan Negeri adalah di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta 333 merupakan kuasa Menteri Kerja Raya dan memerlukan persetujuan Menteri Kerja Raya.