Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

257) JALAN-JALAN MARRIS DI BAWAH DUN SEMENYIH

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan MARRIS untuk DUN Semenyih pada tahun 2020 & 2021.

    Pada tahun 2020, sebanyak RM 1,211,182.00 melibatkan 23 projek selenggara jalan dan longkang telah diperuntukkan sebagai peruntukan MARRIS di DUN Semenyih. Manakala pada tahun 2021, sebanyak RM1,037.911.20 melibatkan 27 projek selenggara jalan dan longkang telah disalurkan sebagai peruntukan MARRIS di DUN Semenyih.

  2. Senaraikan jalan - jalan di bawah DUN Semenyih yang sudah diselenggarakan dan belum diselenggarakan setakat ini yang telah disenaraikan mengikut kerja Pejabat Daerah dan JKR daerah.

    Jumlah jalan yang telah didaftarkan di dalam sistem MARRIS bagi DUN Semenyih adalah sebanyak 368 jalan. Sebanyak 111 jalan di kawasan DUN Semenyih telah diselenggara, manakala jalan yang belum diseleggara adalah sebanyak 257 jalan. Senarai jalan-jalan di bawah DUN Semenyih yang telah diselenggara dan belum diselenggara adalah seperti di Jadual 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.