Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

272) JALAN-JALAN MARRIS DI BAWAH DUN KOTA ANGGERIK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa KM jalan-jalan di DUN Kota Anggerik yang di daftarkan di bawah MARRIS

    JAWAPAN DARIPADA MBSA

     Sehingga November 2014 sepanjang 3,126.09 km panjang jalan  telah  didaftarkan di dalam sistem MARRIS online meliputi jalanraya bandaran (JRB) di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam. Manakala di kawasan DUN  Kota  Anggerik sepanjang 1,012.43km panjang di jalan telah

    Jumlah panjang jalan tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa dengan pendaftaran jalan baru yang diterima dari pihak pemaju.

  2. Berapa kos keseluruhan untuk menurap jalan-jalan ini.

    Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengenalpasti jalan-jalan yang masih belum diturap di kawasan DUN Kota Anggerik pada tahun 2014 adalah sepanjang 102.08 km dan kos menurap jalan tersebut adalah sebanyak RM 43,657,834.00.

  3. Berapa KM yang telah dibaiki pada tahun 2013.

    Jumlah panjang jalan yang telah dibaiki dan diturap bagi tahun 2013 oleh pihak Majlis bagi DUN Kota Anggerik adalah seperti berikut:-

    Bil DUN Panjang Jalan Yang Diturap (KM)
    1. Kota Anggerik 27.082

     

    JAWAPAN DARIPADA JKR

    • Berdasarkan kepada rekod daftar MARRIS JKR panjang jalan di bawah DUN Kota Anggerik yang di daftarkan adalah 21.62
    • Kos keseluruhan untuk menurap jalan-jalan ini ialah RM 5.5 juta
    • Jalan yang telah dibaiki pada tahun 2013 adalah sepanjang 2

     

Lampiran

Tiada Lampiran.