Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

320) JALAN DENGKIL – BANTING

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Langkah kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya di Banting ke Pekan Dengkil? Adakah peruntukan boleh disediakan untuk menyelesaikan kesesakan yang tak berkesudahan , pembesaran dan baik pulih jalan dari Dengkil sehingga ke Banting?

    Jalan dari Banting ke Pekan Dengkil adalah Jalan Persekutuan FT31. Pihak JKR Selangor telah mengangkat permohonan pelebaran jalan di bawah Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) ke Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 5 Februari 2024 seperti berikut:

     

    1. Cadangan Membina Jalan Baru FT31 di Pekan Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan
      Anggaran Kos: RM 337juta
    2. Cadangan Menaiktaraf Jalan FT31 dari Persimpangan FT31/FT32 hingga Persimpangan WCE, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
      Anggaran Kos: RM 285juta

Lampiran

Tiada Lampiran.