Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
14) JALAN DAN LAMPU JALAN YANG ROSAK
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banyak lagi jalan-jalan di kampung yang masih gelap dan membahayakan pengguna.
Sub-soalan telah di tolak
-
Harap Kerajaan Negeri dapat menambah bilangan lampu-lampu jalan (lampu solar) di kawasan luar bandar.
Selain pelaksanaan pemasangan lampu jalan SOLAR LED oleh JKR, terdapat juga beberapa program pemasangan lampu jalan SOLAR LED yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi pencahayaan di jalan-jalan kampung, kampung Orang Asli, kawasan tarikan pelancong dan lain-lain
Bagi pelaksanaan lampu jalan SOLAR LED oleh JKR, kriteria utama pemilihan pemasangan adalah di kawasan yang tiada bekalan elektrik TNB, kawasan kerap terjadi vandalisma (kecurian kabel dan komponen elektrik) dan kawasan kerap berlaku kemalangan (blackspot).