Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
171) JALAN BESAR, PANDAMARAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah JKR dapat menyerahkan kuasa penyelenggaraan Jalan Besar, Pandamaran kepada Majlis Perbandaran Klang memandangkan ia hanya sebuah jalan yang terletak di kawasan kampung baru?
Jalan Pandamaran & Jalan Banting Pandamaran merupakan aset milikan Kementerian Kerja Raya Malaysia dan diberikan hak selenggaraan kepada konsesi Roadcare Sdn. Bhd. Penyerahan penyenggaraan Jalan Persekutuan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang tertakluk kepada kelulusan dan bidang kuasa Menteri Kerja Raya. Jalan Pandamaran dan Banting Pandamaran adalah di laluan FT 3218, kategori jalan utama persekutuan. Panjang Jalan Pendamaran adalah 4.50 kilometer iaitu dari seksyen 0.00 hingga 4.50 dan Jalan Banting Pandamaraan ialah 4.30 kilometer iaitu dari seksyen 4.50 hingga 8.80. Jalan Pandamaran ini merupakan jalan penghubung bagi jalan Persiaran Raja Muda Musa FT02 ke jalan protokol FT 181 Lebuhraya Pulau Indah (Westport) atau KESAS terus ke Jalan Banting Pandamaran menghubungkan FT 05 Jalan Langat. Penyenggaraan dilaksanakan oleh pihak konsesi mengikut jadual kerja rutin setiap bulan yang telah disahkan oleh JKR Daerah Klang. Perlaksanaan penyenggaraan kerja rutin bagi ketegori jalan utama adalah mengikut skop kerja seperti berikut:
R01 – Pavemen (as required)
R02 – Bahu Jalan (as requird)
R03 – Potong Rumput (9 kali setahun)
R04 – Perabot Jalan (2 kali setahun)
R05 – Jambatan/ Pembentung (2 kali setahun)
R07 – Longkang (2 kali setahun)