Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
221) JALAN BESAR, PANDAMARAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah JKR menyerah hak penyelenggaraan jalan besar Pandamaran kepada pihak Majlis Perbandaran Klang?
Jalan Besar, Pandamaran merupakan sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan FT3218 yang bersambung ke Jalan Pandamaran sehingga ke persimpangan FT05, (Jalan Klang – Banting). Laluan ini juga menghubungkan Laluan Persekutuan FT02, (Persiaran Raja Muda Musa) dan FT05, (Jalan Klang – Banting).
Kelulusan penyerahan Jalan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri (MPK) perlu mendapat kelulusan Menteri Kerja Raya. Adalah menjadi polisi Kerajaan Persekutuan jalan perhubungan ke kawasan bandar atau perindustrian di bawah Kerajaan Persekutuan.
Hak penyenggaraan jalan ini adalah di bawah tanggungjawab pihak syarikat konsesi Roadcare Sdn. Bhd. melalui kontrak perjanjian konsesi bagi penyenggaraan jalan persekutuan bermula pada 5 April 2018 dengan tempoh kontrak selama 5 tahun