Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
212) JALAN BENDANG DI JELAPANG PADI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan khusus untuk menaiktaraf dan membaiki jalan bendang di Sekinchan?
Hasil Mesyuarat Penyelarasan antara agensi dan daerah yang telah dipengerusikan oleh Jurutera Projek IADA Barat Laut Selangor pada Januari tahun 2015 yang lalu telah memutuskan bahawa jalan-jalan di kawasan jelapang padi dibaiki dan dinaiktaraf oleh pihak IADA. Manakala bagi penyelenggaraan sistem perparitan, struktur pengairan seperti palong dan sebagainya adalah berada di bawah seliaan dan tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.
Antara kerja baikpulih jalan ladang yang telah dilaksanakankan adalah kerja- kerja membaikpulih jalan ladang dengan crusher run (patching) dan membaikpulih runtuhan tebing parit serta kerja-kerja berkaitan di Jalan PS 2, Kawasan Pengairan Sekinchan, IADA Barat Laut Selangor berjumlah RM97,405.00 melalui peruntukan dari persekutuan.
-
Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menurap jalan Taliair 5 sepanjang 5 km akan dimulakan?
Projek Menaiktaraf Jalan Taliair sepanjang 1.5km telah siap pada 16 Februari 2015 dengan menggunakan peruntukan pembangunan P12 dengan kos sebanyak RM681,911.95.
Manakala kerja-kerja membaru muka permukaan jalan secara jabatan sepanjang 2km telah bermula pada 13 Oktober 2015 dan di jadual siap pada 4 November 2015 menggunakan peruntukan MARRIS dengan kos sebanyak RM373,263.10.
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos untuk tujuan tersebut?
Sama seperti di SUB (b)