Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
36) JALAN BATU BATA SUNGAI PELONG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dewan pernah diberitahu bahawa jalan tersebut akan diselenggara pada tahun 2016. Mengapakah sehingga Oktober 2016 jalan masih belum berturap dan saliran air masih tidak dibuat ?
Pejabat Daerah/Tanah Petaling telah mengemukakan permohonan kepada UPEN bagi menaiktaraf jalan tersebut dengan menurap premix. Walau bagaimanapun kelulusan yang diterima daripada UPEN pada 21 Februari 2016 adalah kerja-kerja bagi tujuan penyelenggaraan dengan menggunakan crusher run Kerja-kerja tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2016 hingga 31 Mei 2016 dengan kos RM70,119.00.
-
Bolehkah jalan tersebut di wartakan sebagai jalan PBT ?
Pejabat Daerah/Tanah Petaling tiada halangan sekiranya jalan tersebut didaftarkan di dalam sistem MARRIS di bawah MBSA tertakluk kepada persetujuan MBSA.
(Sumber Jawapan daripada Pejabat Daerah / Tanah Petaling)