Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
225) JALAN BARAT, PETALING JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status cadangan penukaran nama Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David?
Mesyuarat khas, Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 10.3.2010 telah memutuskan perkara berikut :
- Cadangan pertukaran nama ”Jalan Barat” kepada ”Jalan Dr. V David” tidak sesuai kerana jalan-jalan utama di Pusat Bandar Seksyen 52 dinamakan mengikut sistem petunjuk arah dan jalan-jalan berkenaan telah dinamakan sebagai ”Jalan Utara”, ”Jalan Barat” dan ”Jalan Timur”. Pembatalan ”Jalan Barat” akan menyebabkan penggunaan sistem petunjuk arah akan terjejas dan mengelirukan pengguna jalan di Petaling
- Sebagai alternatif Majlis mencadangkan ”Jalan Persiaran Barat” iaitu jalan pengumpul yang bersambung ke Jalan Barat untuk ditukar kepada nama ”Jalan Dr. V. David”.
-
Apakah langkah-langkah yang perlu dilalui untuk satu cadangan penukaran nama jalan seperti ini?
Permohonan dikemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberikan latar belakang dan justifikasi cadangan pertukaran nama
Di MBPJ, permohonan ini akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Perancang Bandar dan keputusan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Penuh.