Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

5) JALAN BANDAR BUKIT SENTOSA HINGGA KE JALAN KESUMBA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan Utama yang menghubungkan lebuh raya ( LLM Utara Selatan ) selepas tol Bukit Beruntung dengan Rasa melalui Bandar Bukit Sentosa sering rosak. Terutama antara jalan Bandar Bukit Sentosa hingga ke Jalan Kesumba. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaiki jalan tersebut untuk jangka panjang ?

    Jalan yang menghubungkan lebuh raya (LLM Utara Selatan) selepas tol Bukit Beruntung dengan Rasa melalui Bandar Bukit Sentosa yang dimaksudkan merupakan jalan dibawah Pemaju Talam Corporation Berhad. Jalan-jalan tersebut masih belum diserahkan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor atau pun JKR untuk kerja penyelenggaraan.

    Kerajaan Negeri setakat ini tidak bercadang untuk membaiki jalan ini memandangkan ianya masih lagi dibawah tanggungjawab pemaju.

  2. Mengapa Kerajaan Negeri tidak menyelenggara jalan tersebut sebaik-baiknya sesuai dengan jalan utama

    Kerajaan Negeri tidak menyelenggara jalan tersebut kerana jalan tersebut masih dibawah tanggungjawab pemaju. Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri akan mendesak pemaju untuk menyelenggara jalan tersebut. Untuk makluman, pemaju telah pun memulakan kerja-kerja menaiktaraf jalan kesumba sepanjang 3 km.

Lampiran

Tiada Lampiran.