Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
351) JALAN BAN PAKAT DI SAWAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan Jalan Ban Pakat di DUN Permatang yang telah dikenal pasti memerlukan pembaikan atau naik taraf, dan apakah peratusan yang telah diberi perhatian dalam tempoh Januari 2018 sehingga Julai 2024?
Untuk makluman pihak YB, jumlah panjang Jalan Ban Pakat adalah 11.4km meliputi 4 blok sawah di Kampung Seri Tiram Jaya. Hasil semakan pihak Jabatan mendapati sehingga tahun 2024 Jalan Ban Pakat di kawasan tersebut berada dalam keadaan baik dan tiada keperluan mendesak untuk dilaksanakan kerja-kerja pembaikan atau dinaiktaraf berikutan penggunaan laluan tersebut hanyalah untuk kegunaan jentera berat seperti mesin menuai padi dan lori muatan.
-
Bolehkah Kerajaan Negeri memberikan statistik terkini tentang jumlah Jalan Ban Pakat yang sudah diturap berbanding yang masih menggunak crusher run di kawasan sawah di DUN Permatang, serta prosedur untuk melengkapkan penurapan jalan ini?
Untuk makluman pihak YB, skop penyelenggaraan pihak JPS bagi Jalan Ban Pakat adalah menyelenggara jalan yang menggunakan “crusher run” sahaja manakala jalan yang berturap di bawah skop penyelenggaraan pihak Pejabat Daerah & Tanah Kuala Selangor. Berikut adalah statistik Jalan Ban Pakat mengikut rekod JPS Kuala Selangor :
- Turapan Bitumen = 1.5 Km
- Turapan “crusher run” = 9.9km
-
Bolehkah Kerajaan Negeri memberikan data mengenai peruntukan tahunan yang disalurkan untuk Pembangunan dan penyelenggaraan Jalan Ban Pakat di DUN Permatang? Adakah jumlah peruntukan ini mencukupi berdasarkan keadaan semasa?
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan penyelenggaraan Ban Pakat diterima berdasarkan permohonan tahun semasa untuk dilaksanakan pada tahun hadapan. Berikut adalah senarai permohonan pada tahun 2023 yang dilaksanakan pada tahun 2024:-
Bil. Tajuk Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Ladang di Jalan PSS 5 (Kiri) Blok E Kampung EQSW di Kawasan Pengairan Sawah Sempadan, Mukim Tanjong Karang, Selangor 80,715.00 14.6.2024 –
26.7.2024
Siap 2. Kerja-Kerja Penyelenggaraan dan Membaikpulih Jalan Ladang di Blok 1 Sawah Sempadan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Mukim Tanjong Karang Daerah Kuala Selangor 160,972.00 29.7.2024 –
26.8.2024
Siap 3. Kerja- Kerja Penyelenggaraan dan Membaikpulih Jalan Ladang di Jalan Blok BI Sawah Sempadan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Mukim Tanjong Karang, Daerah Kuala Selangor 153,691.00 2.9.2024 –
30.9.2024
Siap 4. Kerja-Kerja Membaiki Kerosakan Permukaan Jalan Crusher Run di Kawasan Sungai Burung 1 dan Kerja Berkaitan, Mukim Tanjong Karang, Daerah Kuala Selangor 50,000.00 24.10.2024 –
21.11.2024
Dalam Pelaksanaan Jumlah 445,378.00 Untuk makluman Yang Berhormat juga, tiada peruntukan khas yang ditetapkan bagi penyelenggaraan Jalan Ban Pakat mengikut DUN. Bagaimanapun, JPS Negeri Selangor melalui JPS Daerah Kuala Selangor akan menyemak dan menilai keperluan di tapak bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Ban Pakat mengikut keutamaan.