Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
45) JALAN ALTERNATIF MENGHUBUNGKAN KAMPUNG BARU SUNGAI BULOH DAN SEKSYEN U5
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah jalan tersebut akan dibina memandangkan keperluan laluan lalulintas sangat mendesak oleh penduduk sekitar?
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Merujuk kepada Rancangan Tempatan MBSA (Pengubahan 3) 2020 yang telah diwartakan pada 16 Februari 2020 melalui no. warta 645, pembangunan di kawasan seksyen U5 telah mempunyai rangkaian jalan yang boleh dihubung melalui Jalan Sungai Buloh, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya yang dalam pembinaan iaitu Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH). Manakala kawasan Kampung Baru Sungai Buloh adalah melalui Jalan Sungai Buloh sahaja.
Walau bagaimanapun terdapat rangkaian jalan alternatif iaitu Persiaran Atmosfera yang dihubungkan dari Lebuhraya Koridor Guthrie sehingga ke Jalan Sungai Buloh melalui pembangunan Elmina (Seksyen U16), Subang Bestari (Seksyen U5), Subang Delima (Seksyen U4) dan Kwasa Damansara (Seksyen U4) sekiranya siap sepenuhnya kelak akan dijadikan sebagai laluan alternatif yang baru. Jangkaan Persiaran Atmosfera ini siap sepenuhnya adalah bergantung kepada pembangunan di kawasan baru iaitu Kwasa Damansara dan Subang Delima.
Jabatan Kerja Raya Selangor
Jalan alternatif yang dimaksudkan adalah Jalan Teratai 4, Seksyen U5 yang berhubung dengan Jalan Industri 5, Kg. Baru Sg. Buloh melalui sebuah jambatan yang dibina oleh Pengilang Alfa Sofas yang mana jambatan tersebut telah roboh. Walau bagaimanapun, terdapat jalan lain yang menghubungkan dua kawasan ini. Antaranya adalah dengan menggunakan Jalan Khalifah Zakaria 2, Jalan Tempayan Emas 1 dan Jalan Teratai dengan jarak 5 km. Selain itu, penduduk sekitar juga boleh menggunakan Jalan Rahidin, Jalan Paya Jaras Tengah dan Persiaran Delima dengan jarak 7 km.
Sehingga hari ini, pihak JKR Selangor tiada perancangan untuk membina semula jambatan tersebut selepas mengambil kira saiz jalan yang kecil dan melalui kawasan kampung. Jalan ini sentiasa digunakan sebagai laluan kenderaan berat.
Walau bagaimanapun, pihak JKR Selangor akan membuat kajian terhadap keperluan untuk membina semula jambatan tersebut.